Pages

Followers

Monday, April 29, 2013

BULAN PAS GERHANA DI SAMARAHAN DAN BTG SADONG

Akibat tidak mahu tunduk kepada PKR dan menyerahkan dua kerusi; Samarahan dan Btg Sadong, calon-calon PAS kini tak ubah bagaikan pungguk merindui bulan. Bulan yang bukan saja pasti tidak akan jatuh ke riba tetapi juga bertukar menjadi gerhana. 

Jentera PAS dikedua-dua kawasan tersebut yang berada dalam serba kekurangan semakin terkontang-kanting sendirian tanpa bantuan rakannya PKR. Dr. Ramlan Rahmat dan Arip Ameran, dua pemimpin PKR tempatan yang sebelum ini berangan-angan nak bertanding di kawasan-kawasan tersebut 'melarikan diri' ke Kuching untuk membantu jentera kempen PKR di Petra Jaya dan Santubong. 

Menurut sumber dalaman PKR,  mereka malah dikatakan meminta ahli dan penyokong PKR di situ  memboikot jentera parti PAS dengan tujuan "untuk mengajar PAS". Menyedari akan sikap buruk PKR ini, saban hari semakin ramai ahli dan penyokong pakatan pembangkang  meninggalkan parti tersebut dan menyertai BN-PBB. Yang terbaru, pengerusi PAS Ranting Kpg Lintang sendiri iaitu Sauni Bujang bersama sekumpulan ahlinya mengikut jejak langkah kumpulan-kumpulan  terdahulu yang keluar parti dan menyertai PBB.  

Berdasarkan situasi semasa, ramai yang meramalkan calon PAS dikedua-dua kawasan tersebut besar kemungkinan akan hilang wang deposit  masing-masing.



Psst! Adam Ahid! cuba keluarkan 'fatwa' sikit untuk smash orang PKR ni...


No comments:

Post a Comment