Pages

Followers

Thursday, January 24, 2013

PAS SARAWAK: KISAH NIZAR, AIR DAN BIJI PEL**

Sekarang bila boring dan ingin sedikit hiburan, aku dah tak baca majalah Gila-Gila. Aku baca blog Pas Sarawak. Pasti terhibur bro! Paling tidak pun senyum sinis. Jom kongsi.

Yang terbaru, kisah lawatan Nizar Jamaludin "lambai" ke pekan  Sibuti  (P218) bagi melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS. 
Majlis itu diwar-warkan sebagai meriah dan mendapat sambutan baik
Nak tau macam mana rupanya meriah dan sambutan baik tu...Tengok gambar yang mereka bagi. Fulamak! Ramainya bro. Aku agak-agak lah adalah  50 ribu orang yang datang.
DHPP Sibuti Mendapat Sambutan Hangat Dari Berbilang Kaum
Satu lagi artikel "Pengguna Air Terpaksa Bayar Bil Air Kotor". Siap tunjuk gambar lagi...Nak tunjuk betapa kejamnya kerajaan pimpinan BN.
Pengguna Air Terpaksa Bayar Bil Air Kotor?

Ceritanya: Miri - Projek pembinaan parit yang dibina ditepi bukit jalan menuju ke Luak baru-baru ini telah menyebabkan paip air pecah dan tekanan air menjadi rendah. Pagi ini penduduk dalam kawasan Luak menghadapi masalah air kotor mungkin disebabkan oleh kekotaran dari paip air pecah beberapa hari yang lalu.

Kah kah kah kah...Rupanya gangguan sementara kerana paip air pecah. Mati-mati aku ingat macam kes di Kelantan yang dah berpuluh-puluh tahun rakyatnya Pok Nik berikan minum dan mandi  "kopi susu". 

Tambah artikel tu lagiKalau kerajaan Selangor boleh menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyatnya tetapi di Miri lain pula halnya.

Kah kah kah kah kah kah...air percuma di Selangor? Hoi! pekak badak ke tak dengar ramai rakyat Selangor dah saman kerajaan negeri kerana tak tepati janji?

Satu lagi  kisah di Miri juga dengan tajuk Kpg Sungai Dalam A dilanda banjir. Ceritanya begini:
LAMBIR - Kpg Sungai Dalam A terletak dalam DUN Lambir.  Akibat hujan lebat yang berterusan semalaman telah menyebabkan banjir teruk melanda kampung tersebut. Salah satu puncanya adalah akibat daripada sistem peparitan yang tidak teratur dengan sempurna dan kawasan penempatan yang rendah.

Kah kah kah kah...namanya pun dah Kpg Sungai Dalam dan kawasan rendah. Lagi pun hanya banjir kilat bersifat sementara. Yang Kelantan habis tenggelam setiap tahun tak ada pun Pok Nik kisah.

Dan cerita ni pula aku jumpa dalam flyer diaorang kat Samarahan. Dengan tajuk Mangsa ketiadaan air minta PAS bantu. Fuuuh! Bangga bro. Apa taknya , banyak-banyak pemimpin dan agensi kerajaan, orang PAS yang dipanggil.

Ceritanya: Lebih 3,000 keluarga di Asajaya mengalami gangguan bekalan air sejak beberapa hari lalu. Menyedari keadaan semakin meruncing, penduduk menghubungi PAS bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Antara yang menerima aduan ini adalah Abang Ahmad Kerdee, bakal calon PAS dalam PRU akan datang yang bergegas ke tempat kejadian untuk mendengar dan melihat sendiri keadaan tersebut. Menurut beliau setelah meninjau keadaan di kampung tersebut, keadaan ini amat menyusahkan dan tidak sepatutnya berlaku. Siap dengan gambar posing tengok camera lagi.

Sekali lagi, kah kah kah kah kah....calon PAS BERGEGAS datang nak selesaikan masalah. Fuuuh! Macam superman. Rupanya sekadar tolong tengok dan tolong hasut. Nak tolong selesai macam mana kalau datang pun sekadar bawa biji pel** saja. Udah, udah lah tu Pas oooiiiii! Rasa nak terkencing aku....

Psst! Kalau nak buat propaganda belajarlah  dengan blogger ter"Otai" UMB.



3 comments:

  1. Steadi bro..tak boleh disalahkan PAS kerana membawa biji pel**nya ke sana ke mari sebab benda tu melekat..HAHAHAHA!!

    ReplyDelete
  2. Dia orang tolong guna air liur je bro. Semua masalah boleh selesai.

    ReplyDelete
  3. serawak kaya laban ai sungai manyuh kan admin... jadi urg ba kawasan kampung nibuh bc ai bersih ... amat sarawak bersatu enda baka di semenanjung..tapi zaman sekarang urg engai hidup merinsa agi..admin dah manyuh ka pemansang udah bc ba sarawak ..kitai sebagai rakyat bc maya kitai ngelaban ti pemerintah ka berdiri enda ngaga kerja ka amai di pinta rakyat ..tang sigi ukai mudah baka ka jako kosong aja.. tok baru dlm takah 10 tahun tuk aja bala sida pembakang baru ka meri urg manyuh muka mata..ngelama tok siko nadai meh urg berani bejakok .. kasih sida BN dah muka kisuk2 enda duduk entap ..menang pembakang ba semenanjung pan ketegal sida dah bergerumpung pas/dap/pkr ... ti enda nadai meh sida uleh menang manyuh maya PRU 13 sari nya ... maya PRU 13 sarawak menang manyuh ...sida admin tau pinta meh kemajuaan laban kita udah milih ia ( BN ) anang aja pandai bejako dlm blog kutap2 muai ari liur pejai urg... aku rasa admin pan nemu jako iban ti nuan sigi berasal ari sarawak .. ti admin enda nemu mb bc kaban nuan ka bebangsa iban ... pembaca pan mb bc iban meh ditok ... menentang urg bererti kami berdiri di pembakang ..tapi janji ka udah ngelama 50 tahun sarawak tama malaya nama kemajuan udah beri .. semadi menoa melayu aja ka di angkat ba sarawak ..nama penyadi bangsa dayak ...fikir meh tuan admin anang ngangsut urg sengapa .. 4 bulan lebih dah berlalu ...( nama penyadi )

    ReplyDelete